Monday, 11 November 2013

PRESS STATEMENT 

“Re-convene RCI Urgently to Investigate Fake ICs – Dr. Jeffrey” 
.............................................................................................
Kota Kinabalu: “PM Najib and the Royal Commission of Inquiry on Illegal Immigrants in Sabah (RCI) should take immediate steps to re-convene and hear fresh and further evidence from new witnesses from security guards arrested recently with fake ICs including the Ambank murder cum robbbery suspect" said Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, STAR Sabah Chief. 

Commenting on news of the arrest of the Ambank case suspect and other arrests of foreigners with fake ICs purportedly given in Sabah but alleged to be Sabahans. The spate of arrests of fake Sabahans and fake ICs would give a fresh lead to the RCI to probe deeper into the issuance of fake ICs in Sabah and the stealing of identities as alleged Sabahans. The further inquiry would also give an opportunity for the authorities to investigate the issuance of the fake ICs through the wide powers and scope of investigations under the RCI. 

The investigations would also help to clear the misconceptions circulating against genuine Sabahans in the Peninsular who are viewed with suspicions that they may be illegals and their ICs are fakes. It is unacceptable for genuine and innocent Sabahans to bear the brunt of the consequences of the fake ICs given in Sabah to foreigners. 

Last but not least, further investigations may very well lead all the way to the culprits responsible for the issuance of fake or dubious ICs and MyKads in Sabah. If the RCI is not re-convened, it will only lead to further speculations and suspicions against the Najib administration and the impartiality and ultimate and true objective of the RCI. 

Surely, the PM would not wish his hands to be tainted with accusations of cover-up of the culprits responsible for the fake ICs and to protect their Umno/BN voters for hire and that the RCI is a political tool and gimmick to fool genuine Sabahans. 

At the same time, the RCI would not wish to be branded as a toothless tiger and used by the federal government and not really serious to dig deep into the roots of the problems of illegals, issuance of dubious ICs and now fake MyKads and voters for hire recruited by the Umno special taskforce led by current Umno leaders. 

“On behalf of the silent majority and as an elected representative, I am making this special and urgent appeal to PM Najib and the RCI to re-convene the RCI hearings to hear fresh evidence of the fake ICs from Sabah and the fake Sabahan security guards. I am quite sure most of right thinking Sabahans and Malaysians will support my appeal" said Dr Jeffrey. The ball is now at the feet of PM Najib and the RCI. 

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan 
Chairman, STAR Sabah 
10 November 2013
 
Bibliografi:  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=180373985498875&set=at.125599207643020.1073741829.100005788244335.100005793993935&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Sunday, 10 November 2013

Siapa Kata Semua Rakyat Sabah dan Sarawak Bersetuju Bergabung Dengan Malaya Untuk Membentuk Persekutuan Malaysia? 

Keputusan pungutan suara Suruhanjaya Cobbold 1962:

1. 1/3 rakyat Sabah bersetuju tanpa syarat

Komen: 

- Golongan 1/3 yang pertama ini kebanyakannya adalah pemimpin dan rakyat tempatan yang mempunyai persamaan demografi dengan pemimpin dan rakyat Malaya, terutama dari segi bangsa dan agama. 

- Golongan ini adalah golongan yang tidak mengkaji dan tidak memahami secara mendalam kesan penggabungan dengan Malaya.

- Golongan ini pada umumnya kurang berpendidikan dan kurang pengetahuan politik.

- Golongan yang mudah dipengaruhi, mudah diperalat, mudah diperdaya, ikut-ikutan sahaja, dan tiada pendirian!


2. 1/3 rakyat Sabah bersetuju dengan syarat 

Komen:

- Syaratnya adalah seperti yang terkandung dalam Perjanjian 20 Perkara, Laporan IGC, Perjanjian Malaysia 1963, terutamanya Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan).

- Golongan ini kebanyakannya golongan yang berpendidikan, dan mempunyai pengetahuan geopolitik.

- Golongan ini memahami dan menyedari secara mendalam kesan penggabungan dengan Malaya.

- Golongan ini lebih berhati-hati dan teliti.

- Golongan yang berpandangan jauh.


3. 1/3 rakyat Sabah bersetuju dengan syarat Sabah diberi kemerdekaan terlebih dahulu sebelum bergabung dengan Malaya dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia

Komen:

- Sebab itu, Sabah (Borneo Utara) telah diberi kemerdekaan oleh British pada 31.08.1963!

- Golongan ini juga kebanyakannya berpendidikan, dan mempunyai pengetahuan politik.

- Golongan ini berpendapat, sekiranya selepas mencapai kemerdekaan Sabah mampu dan berupaya memerintah dan berkerajaan sendiri, maka Sabah sepatutnya tidak perlu bergabung dengan Malaya dan Singapura untuk membentuk ‘Persekutuan Malaysia’.

- Golongan ini berfikiran dan percaya bahawa ‘Persekutuan Malaysia’ yang akan ditubuhkan kelak adalah sebagai satu penggabungan ahli-ahli kongsi, dan bergabung untuk kepentingan bersama untuk menubuhkan satu negara baru tetapi masih mengekalkan hak-hak dan identiti sendiri. 

- Golongan ini juga berfikiran dan percaya bahawa 'Persekutuan Malaysia' yang akan ditubuhkan adalah berdasarkan konsep 'Rakan Kongsi Sama Taraf'.

- Berfikiran dan percaya bahawa 'Persekutuan Malaysia' yang akan ditubuhkan menyerupai 'Persekutuan United Kingdom’. 

- Sebab itu, model Persekutuan Malaysia sebenarnya diilhamkan daripada pembentukan United Kingdom yang diwakili oleh England, Scotland dan Wales dengan Northern Ireland. United Kingdom yang mengamalkan sistem pemerintahan Constitutional Monarchy mempunyai empat wilayah utama di bawah satu Raja iaitu Queen Elizabeth. Keempat wilayah ini mempunyai kuasa autonomi sendiri. 

- Gabungan UNITED KINGDOM OF GREAT BRITAIN AND NORTHERN IRELAND terdiri dari gabungan empat wilayah iaitu; Northern Ireland, England, Scotland dan Wales. Walaupun keempat wilayah ini terletak di bawah seorang raja iaitu Queen Elizabeth, mereka mengekalkan identiti sendiri, mempunyai kuasa autonomi sendiri dan mentadbir sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak dalam gabungan ini.

- Justeru, gabungan PERSEKUTUAN MALAYSIA sebenarnya terdiri dari gabungan empat wilayah iaitu; Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Pada asalnya, keempat wilayah ini dijanjikan sebagai rakan sama rata dan mengekalkan identiti masing-masing di bawah seorang raja iaitu Yang DiPertuan Agong. Malangnya setelah Singapura disingkirkan dari Malaysia tanpa merujuk kepada Sabah dan Sarawak, kedudukan Sabah dan Sarawak telah diturunkan taraf kepada salah satu dari 13 buah negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan berada sama taraf dengan kesemua 11 buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=612375515471200&set=a.431469213561832.92185.335090303199724&type=1&ref=nf
Rusuhan anti-Malaysia di Sarawak. Sibu, Sarawak 1962. — with Leonidas KoniuMondou Pangazou.

Friday, 8 November 2013

Penipuan dalam Pilihan Raya

 


Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia mengamalkan sistem pilihan rayanya yang tersendiri yang dikendalikan oleh badan bebas yang dinamakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dilihat dari segi sistem, sebenarnya sistem pilihan raya kita memang digubal dengan baik, lengkap, dan menyeluruh selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi yang kita amalkan. Ia juga adil dan saksama yang boleh diterima oleh semua parti atau pihak yang bertanding dalam pilihan raya.

2. Pengalaman SPR melaksanakan pilihan raya di Malaysia bukanlah baru. Di peringkat Parlimen, misalnya, SPR sudah mengadakan 13 kali pilihan raya. Ini bererti sistem tersebut sudah 13 kali dilaksanakan dan kerana itu ia sentiasa dinilai dan ditambah baik dari semasa ke semasa untuk memastikan keadilan dan kebenaran tetap terpelihara.

3. Tetapi, saya percaya, isu yang kita depani sekarang ini bukanlah isu sistem pilihan raya kita, tetapi orang yang melaksanakan sistem itu, iaitu orang-orang SPR itu sendiri.   Ini pula tidak menyeluruh tetapi sebaliknya hanya segelintir orang yang terlibat. Sudah tentu dakwaan ini memerlukan bukti kerana tanpa bukti yang kukuh dan sahih, dakwaan itu boleh dianggap sebagai suatu "pembunuhan karakter" dengan mempersoalkan integriti seseorang. 

4. Kata-kata Sdr Marcus Shapie yang memberi komen terhadap salah satu pos saya dalam FB, ada benarnya. Katanya, "Pada hemat saya, proses pemilihan SPR itu sudah cantik. Modus operandinya sudah betul-betul adil dan saksama. Namun demikian, saya tidak menolak kemungkinan [adanya] operasi pelencongan dari sistem oleh 'orang-orang tertentu', di 'kawasan-kawasan terpilih', pada 'masa-masa yang sesuai', dan 'pencerobohan keselamatan undi pos dan undi awal'... jika matlamat [itu adalah] untuk memenangkan sesuatu pihak secara terdesak. Saya percaya dalam politik ia menghalalkan cara walau tindakan itu haram dan menyalahi etika dan dogma keadilan dalam demokrasi."

5. Keraguan dan ketidakyakinan kita terhadap segelintir pelaksana sistem pilihan raya kita memang berasas kerana bagaimana mungkin kita berasa yakin akan integriti pelaksana SPR bahawa mereka itu tidak bias, telus, bersih, dan adil, sedangkan ada antara mereka yang menjadi ahli parti politik, khususnya UMNO yang mempunyai anutan politik yang berbeza dengan lawan mereka?

6. Tegasnya, isu kita ialah penipuan yang didakwa berlaku di beberapa kawasan sehingga kawasan yang didakwa itu menyumbang kepada kemenangan BN. Kemenangan itu telah membolehkan BN membentuk kerajaan di Putrajaya walaupun majoriti rakyat (yang dilihat melalui undi individu atau undi popular) menolak BN. Dakwaan ini perlu dibuktikan. Walaupun PR telah mengenal pasti 27 kerusi Parlimen yang ada unsur-unsur penipuan, proses undang-undang perlu dipatuhi. Dakwaan wujudnya penipuan itu perlu dibuktikan di mahkamah kerana kita ada undang-undang. Mahkamah kita perlu telus, adil, dan bersih. 

7. Sesungguhnya, seperti yang saya katakan dalam salah satu entri blog saya yang berjudul Suara Rakyat Suara Keramat, saya menyatakan bahawa, "Kerajaan yang dibina atas penipuan perlu ditentang habis-habisan." Ini merupakan nilai sejagat. Nilai ini perlu kita perjuangkan kerana ia membawa faedah kepada sesiapa saja tanpa mengira kepercayaan atau ideologi politik. Siapa juga kerajaan, jika ia dibina atas penipuan, perlu ditentang habis-habisan kerana ia akan membawa kesan negatif kepada keseluruhan rakyat dan negara. Keadilan dan kebenaran perlu ditegakkan. Negara hancur jika kerajaannya dibina atas penipuan. Kiranya negara kita tidak hancur. Kiranya kerajaan kita bukan dibina atas penipuan.  


Bibliografi:

http://tandektribune.blogspot.com/2013/05/penipuan-dalam-pilihan-raya.html


 

 Sabah Sebagai Sebuah Negara: Satu Penjelasan

 


Gunung Kinabalu lambang semangat juang rakyat Sabah
Walaupun sejarah telah mencatat dengan jelas bahawa Sabah merupakan sebuah negara merdeka pada 31 Ogos 1963, namun masih ada pihak yang cuba menafikan kebenaran itu dengan menyatakan bahawa Sabah sebenarnya hanya merupakan sebuah negeri dalam erti kata sama taraf dengan negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya.

2. Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan pada tahun 1948 menggantikan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946. Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada 11 negeri, iaitu negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang,  Kelantan, Terengganu, Melaka, Johor, Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan. Setiap negeri di bawah PTM ini mempunyai entiti yang berasingan antara satu negeri dengan negeri yang lain. Hal ini demikian kerana semasa penjajahan British, negeri-negeri ini sudah wujud terlebih dahulu dan mempunyai pemerintahannya sendiri.  

3. Berikutan dengan itu, rakyat Sabah didedahkan dengan dua konsep yang saling bertentangan sehingga menimbulkan kekeliruan bagi sesetengah pihak yang kurang matang dan tidak jelas mengenai hal ini kerana kekurangan informasi. Pertama, Sabah sebagai sebuah negara dan kedua, Sabah sebagai sebuah negeri.

Konsep “Negara” dan “Negeri”
Untuk memahami isu ini dengan jelas, eloklah difahami maksud konsep “negara” dan “negeri” itu terlebih dahulu.

2. Dalam bahasa Inggeris dan beberapa bahasa Eropah lain, perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada sebuah “negara” ataupun “negeri” adalah sama iaitu perkataan state. Jadi dalam keadaan ini, perkataan state akan diterjemahkan sama ada sebagai "negeri" atau "negara" mengikut konteks.

3. Di Malaysia, istilah “negara” dan “negeri” berbeza kerana “negara” merujuk pada “Persekutuan Malaysia”, sedangkan “negeri” merujuk pada negeri-negeri yang ada di Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak. Lebih daripada itu, di Malaysia konsep “negara” dan “negeri” ini mempunyai “tahap”, iaitu “negara” itu lebih besar (berada di atas), sedangkan “negeri” itu lebih kecil (berada di bawah).

Peta Malaysia: Terdiri dari Malaya, Sabah, Sarawak
4. Dengan itu, timbullah kekeliruan dalam kalangan rakyat kerana konsep “negara” dan “negeri” itu berasingan antara satu sama lain. Namun, berdasarkan kebenaran sejarah, ada pihak yang cuba mempersoalkan hal ini. Timbul dua persoalan utama, iaitu:

  •  Adakah Malaysia terdiri daripada gabungan negara ataupun terdiri daripada gabungan negeri?
  • Adakah Sabah dan Sarawak merupakan sebuah “negara” ataupun sebuah “negeri”?
5. Jika Malaysia terdiri daripada gabungan negara, maka kedengarannya janggal. Realiti ini tidak boleh diterima oleh akal yang waras kerana dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia (yang telah diajar sekian lama) mana mungkin wujud “negara” dalam “negara”.  Itulah sebabnya, status Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara tidak dapat diterima kerana mana mungkin ada “negara” dalam “negara Malaysia”. Mari kita selidiki hal ini dengan saksama berdasarkan fakta Sejarah.

Status Sabah dan Sarawak Sebagai Negara
Sejarah membuktikan bahawa Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 oleh empat pihak yang mewakili negara yang berasingan, iaitu Malaya, Singapura, Sarawak, dan Sabah. Proklamasi pembentukannya dilakukan pada 16 September 1963 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

2. Keempat-empat negara ini mempunyai entiti yang berasingan, iaitu Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang terdiri daripada 11 negeri, iaitu negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang,  Kelantan, Terengganu, Melaka, Johor, Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan; Singapura, Sarawak dan Sabah.

3. Berdasarkan Perjanjian Malaysia itu, memang jelas bahawa Persekutuan Malaysia yang baru dibina itu adalah terdiri daripada gabungan Malaya, Singapura, Sarawak, dan Sabah. Empat pihak yang menandatangani perjanjian itu ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mewakili Persekutuan Tanah Melayu ataupun Malaya; Lee Kuan Yew mewakili Singapura, Stephen Kalong Ningkan mewakili Sarawak; dan Tun Fuad Stephen mewakili Sabah.

4. Mari kita fahami dengan jelas bahawa Perjanjian Malaysia bukan ditandatangani oleh 11 ketua negeri / kerajaan di bawah Persekutuan Tanah Melayu bersama-sama dengan Singapura, Sarawak, dan Sabah. Persekutuan Tanah Melayu hanya satu.

5. Isu yang mengelirukan ialah nama bagi Sabah dan Sarawak pada ketika itu, iaitu sama ada “negara” ataupun “negeri” kerana Sabah dan Sarawak telah merdeka daripada British, tetapi belum ada kerajaan baru dibentuk berasaskan pilihan raya sebelum Perjanjian Malaysia ditandatangani di London. Berdasarkan sejarah, selepas Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963 dan Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963, status Sarawak dan Sabah ini adalah sebuah "negara". Status Sabah dan Sarawak sebagai sebuah “negara” itu boleh dilihat dalam pelbagai bukti dokumen.

6. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada9 Ogos 1965 dan menjadi sebuah negara republik. Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia dengan alasan untuk menangani isu penentangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew yang sering menimbulkan isu rasa tidak puas hati terhadap keistimewaan Bumiputera.

Perjuangan Mendapatkan Hak
Dengan merebaknya pendidikan sejarah Sabah yang sebenar dalam kalangan masyarakat Sabah mutakhir ini, rakyat Sabah telah sedar bahawa status Sabah sebenarnya adalah “negara” dan bukannya “negeri”.

2. Dengan pendidikan sejarah Sabah yang diterima, kebangkitan rakyat menuntut hak yang sepatutnya mereka terima pasti membawa tsunami politik di Sabah dalam PRU 2013 ini. Rakyat meyakini bahawa Kerajaan Sabah yang baru akan dibentuk kelak.

Logo Parti STAR
3. Namun begitu, dengan jatuhnya taraf Sabah dan Sarawak daripada sebuah “negara” kepada “negeri” keadaan kita semakin bercelaru. Rakyat Sabah tidak seharusnya keliru dengan penggunaan istilah “negara” dan “negeri”.

4. Saya ingin menegaskan bahawa sama ada istilah “negara” ataupun “negeri” digunakan untuk Sabah dan Sarawak, istilah itu sebenarnya tidak akan mengubah status dan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah entiti yang berasingan yang berdaulat dan merdeka yang sama taraf dengan Malaya.

5. Sebelum Singapura dikeluarkan daripada Malaysia, yang jelas kepada kita ialah Persekutuan Malaysia itu terdiri daripada empat bukan terdiri 13 (gunakan apa saja istilahnya, sama ada negara / negeri - itu tidak penting) – yang jelas Persekutuan Malaysia itu terdiri daripada Malaya, Singapura, Sarawak, dan Sabah. Apabila Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia, maka Persekutuan Malaysia itu kini terdiri daripada Malaya, Sarawak, dan Sabah.

6. Bermula daripada 27 Ogos 1976, status Sabah telah ditukar dari sebuah “negara” kepada sebuah “negeri”. Istilah “negeri” untuk Sabah terus digunakan sehingga kini.  Memandangkan  nama negeri sudah digunakan sebagai satu keselarasan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, namun  rakyat Sabah tidak bolehmenerima bahawa Sabah sama taraf dengan negeri-negeri di Malaya (Semenanjung Malaysia). Yang jelas ialah Sabah dan Sarawak dan Malaya adalah sama taraf dan sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia. 

7. Kepada rakyat Sabah, sama-samalah kita berjuang untuk mendapatkan hak kita. Hak kita ialah Sabah dan Malaya dan Sarawak adalah sama taraf. Sabah bukan sama taraf dengan negeri-negeri di Malaya, walaupun Sabah itu telah diturunkan taraf dan namanya kepada negeri.



Bibliografi:
 

Konsep Malaysia

Malaysia ialah nama negara baru (yang lebih besar), atau nama bagi persekutuan baru, merujuk kepada gabungan empat buah negara, iaitu Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah). Kesemua wilayah ini mempunyai tarikh kemerdekaan sendiri yakni:-

a. Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) – 31 Ogos 1957
b. Singapura – 3 Jun 1959
c. Sarawak – 22 Julai 1963
d. Sabah – 31 Ogos 1963

Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London oleh wakil Persekutuan Tanah Melayu (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj), Singapura (Lee Kuan Yew), Sarawak (Stephen Kalong Ningkan), Sabah (Donald Stephens) dan British. Manakala pada 16 September 1963, pengisytiharan Malaysia telah dilakukan di Jesselton (Kota Kinabalu).

Konsep Asal Malaysia

Konsep asal pembentukan Malaysia adalah sebagai rakan kongsi yang sama taraf. Ini bermakna Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tidak sekali-kali sama taraf dengan negeri-negeri lain di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) iaitu seperti Kelantan, Selangor, Perlis, Pulau Pinang dan sebagainya. Hal ini sering kali dinyatakan oleh Tunku dan pemimpin British yang telah menyakinkan pemimpin Borneo Utara (Sabah) bahawa haknya atau identitinya terus terpelihara. Di antara kata-kata mereka adalah:

“Dari mulanya, adalah suatu syarat yang diperlukan bahawa Malaysia seharusnya dianggap oleh semua pihak yang berkenaan sebagai satu penggabungan ahli-ahli kongsi, dan bergabung untuk kepentingan bersama untuk menubuhkan satu negara baru tetapi masih mengekalkan hak-hak dan identiti sendirinya.” – Lord Cobbold, Chairman, Cobbold Commission (Laporan Suruhanjaya Cobbold)

“Hari penjajahan sudah berakhir dan bukan hasrat Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) untuk meneruskan penjajahan. Apabila Wilayah Borneo menjadi sebahagian Malaysia, ia bukan dijajah tetapi menjadi sebagai ‘Rakan Kongsi Sama Taraf’..” – Tunku Abdul Rahman Al Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Straits Times, 2 Oktober 1962

Oleh itu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) adalah empat buah negara yang berdaulat telah bergabung membentuk suatu persekutuan iaitu Persekutuan Malaysia.

Model Persekutuan Malaysia sebenarnya diilhamkan daripada pembentukan United Kingdom yang diwakili oleh England, Scotland dan Wales dengan Northern Ireland. Bermakna United Kingdom yang mengamalkan sistem pemerintahan Constitutional Monarchy mempunyai empat wilayah utama di bawah satu Raja iaitu Queen Elizabeth. Keempat wilayah ini mempunyai kuasa autonomi sendiri:-

1. Gabungan UNITED KINGDOM OF GREAT BRITAIN AND NORTHERN IRELAND terdiri dari gabungan empat wilayah iaitu; Northern Ireland, England, Scotland dan Wales. Walaupun keempat wilayah ini terletak di bawah seorang raja iaitu Queen Elizabeth, mereka mengekalkan identiti sendiri, mempunyai kuasa autonomi sendiri dan mentadbir sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak dalam gabungan ini.

2. Gabungan PERSEKUTUAN MALAYSIA terdiri dari gabungan empat wilayah iaitu; Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Pada asalnya, keempat wilayah ini dijanjikan sebagai rakan sama rata dan mengekalkan identiti masing-masing di bawah seorang raja iaitu Yang DiPertuan Agong. Malangnya setelah Singapura disingkirkan dari Malaysia tanpa merujuk kepada Sabah dan Sarawak, kedudukan Sabah dan Sarawak telah diturunkan taraf kepada salah satu dari 13 buah negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan berada sama taraf dengan kesemua 11 buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani oleh 5 wakil iaitu wakil Kerajaan British, Kerajaan Tanah Melayu (Malaya), Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Bermakna 4 wilayah yang merdeka sebagai sebuah negara berdaulat ini telah bersetuju membentuk sebuah gabungan yang dikenali sebagai Malaysia. Dengan kata lain Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura adalah Negara dalam Malaysia yang mana Seri Paduka Yang DiPertuan Agong sebagai lambang sistem demokrasi Raja Berperlembagaan dengan setiap wilayah mengekalkan identiti dan berkuasa mentadbir sendiri. Kedaulatan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak dalam perjanjian Pembentukan Malaysia ini dikuatkan lagi dengan syarat 20-PERKARA bagi Borneo Utara (Sabah) dan 18-PERKARA bagi Sarawak yang meliputi antaranya soal Imigresen, Perkhidmatan Awam, Kewarganegaraan, Tarif/ Cukai/ Kewangan, Hak Anak Negeri dan Sistem Pelajaran.

Konsep asal Malaysia adalah empat buah negara berdaulat bergabung sebagai rakan sama taraf (Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura). Dengan konsep sebagai rakan sama taraf ini, Sabah dan Sarawak ditadbir oleh Menteri Kabinet Negeri seperti juga dengan Menteri Kabinet Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Manakala negeri-negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ditadbir oleh EXCO Kerajaan Negeri. Sabah pula diketuai oleh Yang DiPertua Negara. Sedutan dari Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962, Artikel 20(1), menyatakan bahawa Ketua Negeri Sabah adalah Yang DiPertua Negara.




Bibliografi: 

Nestor Joannes. 2013. Agenda Borneo: Perjuangan Pimpinan Datuk Dr Jeffrey G. Kkitingan Untuk Memartabatkan Maruah Sabah. Kota Kinabalu: STAR State Reform Party (Sabah).