Siapa Kata Semua Rakyat Sabah dan Sarawak Bersetuju Bergabung Dengan Malaya Untuk Membentuk Persekutuan Malaysia?
Keputusan pungutan suara Suruhanjaya Cobbold 1962:
1. 1/3 rakyat Sabah bersetuju tanpa syarat
Komen:
- Golongan 1/3 yang pertama ini kebanyakannya adalah pemimpin dan rakyat tempatan yang mempunyai persamaan demografi dengan pemimpin dan rakyat Malaya, terutama dari segi bangsa dan agama.
- Golongan ini adalah golongan yang tidak mengkaji dan tidak memahami secara mendalam kesan penggabungan dengan Malaya.
- Golongan ini pada umumnya kurang berpendidikan dan kurang pengetahuan politik.
- Golongan yang mudah dipengaruhi, mudah diperalat, mudah diperdaya, ikut-ikutan sahaja, dan tiada pendirian!
2. 1/3 rakyat Sabah bersetuju dengan syarat
Komen:
- Syaratnya adalah seperti yang terkandung dalam Perjanjian 20 Perkara, Laporan IGC, Perjanjian Malaysia 1963, terutamanya Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan).
- Golongan ini kebanyakannya golongan yang berpendidikan, dan mempunyai pengetahuan geopolitik.
- Golongan ini memahami dan menyedari secara mendalam kesan penggabungan dengan Malaya.
- Golongan ini lebih berhati-hati dan teliti.
- Golongan yang berpandangan jauh.
3. 1/3 rakyat Sabah bersetuju dengan syarat Sabah diberi kemerdekaan terlebih dahulu sebelum bergabung dengan Malaya dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia
Komen:
- Sebab itu, Sabah (Borneo Utara) telah diberi kemerdekaan oleh British pada 31.08.1963!
- Golongan ini juga kebanyakannya berpendidikan, dan mempunyai pengetahuan politik.
- Golongan ini berpendapat, sekiranya selepas mencapai kemerdekaan Sabah mampu dan berupaya memerintah dan berkerajaan sendiri, maka Sabah sepatutnya tidak perlu bergabung dengan Malaya dan Singapura untuk membentuk ‘Persekutuan Malaysia’.
- Golongan ini berfikiran dan percaya bahawa ‘Persekutuan Malaysia’ yang akan ditubuhkan kelak adalah sebagai satu penggabungan ahli-ahli kongsi, dan bergabung untuk kepentingan bersama untuk menubuhkan satu negara baru tetapi masih mengekalkan hak-hak dan identiti sendiri.
- Golongan ini juga berfikiran dan percaya bahawa 'Persekutuan Malaysia' yang akan ditubuhkan adalah berdasarkan konsep 'Rakan Kongsi Sama Taraf'.
- Berfikiran dan percaya bahawa 'Persekutuan Malaysia' yang akan ditubuhkan menyerupai 'Persekutuan United Kingdom’.
- Sebab itu, model Persekutuan Malaysia sebenarnya diilhamkan daripada pembentukan United Kingdom yang diwakili oleh England, Scotland dan Wales dengan Northern Ireland. United Kingdom yang mengamalkan sistem pemerintahan Constitutional Monarchy mempunyai empat wilayah utama di bawah satu Raja iaitu Queen Elizabeth. Keempat wilayah ini mempunyai kuasa autonomi sendiri.
- Gabungan UNITED KINGDOM OF GREAT BRITAIN AND NORTHERN IRELAND terdiri dari gabungan empat wilayah iaitu; Northern Ireland, England, Scotland dan Wales. Walaupun keempat wilayah ini terletak di bawah seorang raja iaitu Queen Elizabeth, mereka mengekalkan identiti sendiri, mempunyai kuasa autonomi sendiri dan mentadbir sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak dalam gabungan ini.
- Justeru, gabungan PERSEKUTUAN MALAYSIA sebenarnya terdiri dari gabungan empat wilayah iaitu; Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Pada asalnya, keempat wilayah ini dijanjikan sebagai rakan sama rata dan mengekalkan identiti masing-masing di bawah seorang raja iaitu Yang DiPertuan Agong. Malangnya setelah Singapura disingkirkan dari Malaysia tanpa merujuk kepada Sabah dan Sarawak, kedudukan Sabah dan Sarawak telah diturunkan taraf kepada salah satu dari 13 buah negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan berada sama taraf dengan kesemua 11 buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.
No comments:
Post a Comment