MACAM MANA (SABAH DAN SARAWAK) KELUAR DARI MALAYSIA, SEDANGKAN SABAH (NORTH BORNEO) DAN SARAWAK TIDAK PERNAH MASUK MALAYSIA? ADAKAH KEPALA OTAK RAHMAN DAHLAN SUDAH MIRING MACAM TIMBANGAN DACING BN-UMNO MIRING..!
Fakta
sejarah, Sabah (North Borneo), Sarawak, Singapura dan Malaya (Persekutuan Tanah
Melayu) bersetuju bergabung membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September
1963 tertakluk dan berasaskan kepada Perjanjian 20 Perkara (Sabah), Perjanjian
18 Perkara (Sarawak) dan Perjanjian Malaysia 1963, dan berdasarkan idealisme
dan konsep 'Rakan Kongsi Sama Taraf'. Dengan kata lain, kuasa autonomi Sabah
(North Borneo), Sarawak, Singapura dan Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) adalah
sama, menyamai formula matematik, iaitu 1:1:1:1. Dan selepas Singapura dikeluarkan
dari Persekutuan Malaysia oleh Malaya tanpa pengetahuan dan persetujuan Sabah
dan Sarawak pada 1965, maka Perjanjian Malaysia 1963 itu sebenarnya sudah tidak
sah dan terbatal dengan sendirinya!
Seluruh
dunia mengetahui bahawa sejak tahun 1965, tidak ada pengemaskinian atau
referendum semula terhadap Perjanjian Malaysia 1963! Justeru, Sabah (North
Borneo), Sarawak dan Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) sebenarnya kembali
kepada entiti asal, iaitu masing-masing berdiri dan wujud sebagai negara
merdeka dan berdaulat tanpa campur tangan antara wilayah, dan tanpa
perubahan dari segi identiti atau taraf negara masing-masing!
Jika
Sabah (North Borneo) dan Sarawak mengambil keputusan untuk terus kekal dalam
Persekutuan Malaysia tanpa Singapura, maka itu adalah budi bicara dan keputusan
Sabah (North Borneo) dan Sarawak. Dan nisbah kuasa antara Sabah (Borneo Utara),
Sarawak dan Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) sepatutnya 1:1:1 !!! Demikian
juga sekiranya Sabah (North Borneo) dan Sarawak mengambil keputusan untuk
keluar daripada Persekutuan Malaysia, maka tidak ada perundangan yang
boleh menghalang Sabah (North Borneo) dan Sarawak daripada berbuat demikian.
Hal ini kerana, apa bila Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia
pada tahun 1965, secara automatiknya Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan
terbatal. Dan sejak tahun 1965 Persekutuan Malaysia juga sebenarnya sudah tidak
wujud!
Demikian
juga halnya dengan Perkara 7 dalam Perjanjian 20 Perkara, iaitu perkara tentang
'Hak Pemisahan', secara automatiknya tidak relevan dan tidak ada keperluan
untuk menguatkuasakan Perkara 7. Hal ini kerana Perkara 7 dalam Perjanjian 20
hanya wujud apabila tercapainya keputusan muktamad untuk bergabung membentuk
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Jika Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah,
dan Persekutuan Malaysia tidak wujud, maka adakah menjadi kesalahan kepada
mana-mana rakyat Sabah dan Sarawak jika mereka mengeluarkan kenyataan dan
pengisytiharan keluar dari Persekutuan Malaysia? Rakyat Sabah dan Sarawak hanya
boleh disabitkan dibawah Akta Hasutan hanya apabila Sabah dan Sarawak dianggap
dan diperlakukan sebagai tanah jajahan Malaya!
Justeru,
mengulas kenyataan Abdul Rahman Dahlan dalam The Malaysian Insider yang
menggesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang menghasut
rakyat Sabah keluar dari Malaysia, kenyataan beliau itu amat mengelirukan dan
melucukan rakyat Sabah dan Sarawak! Soalannya, bagaimana Sabah dan Sarawak
keluar dari Malaysia, sedangkan Sabah dan Sarawak tidak pernah masuk Malaysia?
Jika Sabah dan Sarawak tidak pernah masuk Malaysia, maka adakah menjadi satu
kesalahan jika Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia jika
Perjanjian 20 Perkara (Sabah), Perjanjian 18 Perkara (Sarawak) dan Perjanjian
Malaysia 1963 tidak dipatuhi dan tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat di
Malaya?
Konsep
Malaysia
Malaysia
ialah nama bagi persekutuan baru, merujuk kepada gabungan empat buah negara,
iaitu Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Sarawak dan Borneo Utara
(Sabah). Kesemua wilayah ini mempunyai tarikh kemerdekaan sendiri yakni:-
b. Singapura – 3 Jun 1959
c. Sarawak – 22 Julai 1963
d. Sabah – 31 Ogos 1963
Pada
9 Julai 1963, Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London oleh wakil
Persekutuan Tanah Melayu (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj), Singapura (Lee Kuan
Yew), Sarawak (Stephen Kalong Ningkan), Sabah (Donald Stephens) dan British.
Manakala pada 16 September 1963, pengisytiharan Malaysia telah dilakukan di
Jesselton (Kota Kinabalu).
Konsep
Asal Malaysia
Konsep
asal pembentukan Malaysia adalah sebagai rakan kongsi yang sama taraf. Ini
bermakna Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tidak sekali-kali sama taraf dengan
negeri-negeri lain di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) iaitu seperti
Kelantan, Selangor, Perlis, Pulau Pinang dan sebagainya. Hal ini sering kali
dinyatakan oleh Tunku dan pemimpin British yang telah menyakinkan pemimpin
Borneo Utara (Sabah) bahawa haknya atau identitinya terus terpelihara. Di
antara kata-kata mereka adalah:
“Dari
mulanya, adalah suatu syarat yang diperlukan bahawa Malaysia seharusnya
dianggap oleh semua pihak yang berkenaan sebagai satu penggabungan ahli-ahli
kongsi, dan bergabung untuk kepentingan bersama untuk menubuhkan satu negara
baru tetapi masih mengekalkan hak-hak dan identiti sendirinya.” – Lord Cobbold,
Chairman, Cobbold Commission (Laporan Suruhanjaya Cobbold)
“Hari
penjajahan sudah berakhir dan bukan hasrat Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)
untuk meneruskan penjajahan. Apabila Wilayah Borneo menjadi sebahagian
Malaysia, ia bukan dijajah tetapi menjadi sebagai ‘Rakan Kongsi Sama Taraf’..”
– Tunku Abdul Rahman Al Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu (Malaya),
Straits Times, 2 Oktober 1962
Oleh
itu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu
(Malaya) adalah empat buah negara yang berdaulat telah bergabung membentuk
suatu persekutuan iaitu Persekutuan Malaysia.
Model
Persekutuan Malaysia sebenarnya diilhamkan daripada pembentukan United Kingdom
yang diwakili oleh England, Scotland dan Wales dengan Northern Ireland.
Bermakna United Kingdom yang mengamalkan sistem pemerintahan Constitutional
Monarchy mempunyai empat wilayah utama di bawah satu Raja iaitu Queen
Elizabeth. Keempat wilayah ini mempunyai kuasa autonomi sendiri:-
1.
Gabungan UNITED KINGDOM OF GREAT BRITAIN AND NORTHERN IRELAND terdiri dari
gabungan empat wilayah iaitu; Northern Ireland, England, Scotland dan Wales.
Walaupun keempat wilayah ini terletak di bawah seorang raja iaitu Queen
Elizabeth, mereka mengekalkan identiti sendiri, mempunyai kuasa autonomi
sendiri dan mentadbir sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak dalam
gabungan ini.
2.
Gabungan PERSEKUTUAN MALAYSIA terdiri dari gabungan empat wilayah iaitu;
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.
Pada asalnya, keempat wilayah ini dijanjikan sebagai rakan sama rata dan
mengekalkan identiti masing-masing di bawah seorang raja iaitu Yang DiPertuan
Agong. Malangnya setelah Singapura disingkirkan dari Malaysia tanpa merujuk
kepada Sabah dan Sarawak, kedudukan Sabah dan Sarawak telah diturunkan taraf
kepada salah satu dari 13 buah negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)
dan berada sama taraf dengan kesemua 11 buah negeri dalam Persekutuan Tanah
Melayu.
Perjanjian
Malaysia 1963 ditandatangani oleh 5 wakil iaitu wakil Kerajaan British,
Kerajaan Tanah Melayu (Malaya), Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.
Bermakna 4 wilayah yang merdeka sebagai sebuah negara berdaulat ini telah
bersetuju membentuk sebuah gabungan yang dikenali sebagai Malaysia. Dengan kata
lain Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura adalah Negara dalam Malaysia
yang mana Seri Paduka Yang DiPertuan Agong sebagai lambang sistem demokrasi
Raja Berperlembagaan dengan setiap wilayah mengekalkan identiti dan berkuasa
mentadbir sendiri. Kedaulatan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak dalam perjanjian
Pembentukan Malaysia ini dikuatkan lagi dengan syarat 20-PERKARA bagi Borneo
Utara (Sabah) dan 18-PERKARA bagi Sarawak yang meliputi antaranya soal
Imigresen, Perkhidmatan Awam, Kewarganegaraan, Tarif/ Cukai/ Kewangan, Hak Anak
Negeri dan Sistem Pelajaran.
Konsep
asal Malaysia adalah empat buah negara berdaulat bergabung sebagai rakan sama
taraf (Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan
Singapura). Dengan konsep sebagai rakan sama taraf ini, Sabah dan Sarawak
ditadbir oleh Menteri Kabinet Negeri seperti juga dengan Menteri Kabinet
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Manakala negeri-negeri di bawah Persekutuan
Tanah Melayu (Malaya) ditadbir oleh EXCO Kerajaan Negeri. Sabah pula diketuai
oleh Yang DiPertua Negara. Sedutan dari Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan
(IGC) 1962, Artikel 20(1), menyatakan bahawa Ketua Negeri Sabah adalah Yang
DiPertua Negara.
Mengulas
kenyataan Abdul Rahman Dahlan dalam The Malaysian Insider, isu pokok dan akar
kepada segala masalah politik sekarang adalah disebabkan oleh pengkhianatan dan
pelanggaran terhadap Perjanjian 20 Perkara (Sabah), Perjanjian 18 Perkara
(Sarawak), Perjanjian Malaysia 1963, dan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan!
Siapa yang mengkhianati perjanjian tersebut? Mengapa mereka tidak disiasat dan
diambil tindakan undang-undang? Mengapa perjanjian-perjanjian tersebut tidak
dilaksana, sedangkan perjanjian tersebut telah dipersetujui ketika North Borneo
(Sabah), Sarawak, Singapura dan Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) bersetuju
membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963?
Rakyat
posting sesuatu isu dalam laman sosial setelah semua saluran media massa dam
media elektronik dikawal sepenuhnya oleh kerajaan! Dan rakyat membuat posting
dalam laman sosial adalah untuk memberi penjelasan, kefahaman, kesedaran,
pengetahuan dan pendidikan kepada rakyat tentang sesuatu perkara, bukannya
menghasut! Jika seseorang menyuarakan sesuatu perkara berkaitan hak, kebenaran
dan keadilan yang perlu dituntut, adakah itu bermakna mereka menghasut? Adakah
Rahman Dahlan mahu semua rakyat buta, pekak, bisu dan jahil? Adakah Rahman
Dahlan mahu semua rakyat Sabah ikut telunjuk pemimpin-pemimpin BN-UMNO yang
sudah jadi Pak Angguk, Pak Turut, Pak Tiong, Pak Kalabau, Pak Bisu, Pak Pekak,
Pak Buta, Pak Unta dan Pak Hamba kepada kepimpinan BN-UMNO di Malaya? Adakah
Rahman Dahlan berfikir bahawa semua rakyat Sabah dan Sarawak bodoh dan boleh
dibisukan?
Adakah
tindakan seseorang memberi penjelasan, kefahaman, kesedaran, pengetahuan dan
pendidikan kepada rakyat tentang sejarah kenegaraan, tentang hak, kebenaran dan
keadilan yang perlu dituntut itu berbahaya dan boleh mengancam keselamatan
negara? ATAU menternak dan memelihara lebih 1.72 juta Warga Asing/ PTI dengan
memberi Kad Pengenalan melalui ‘Projek IC’ dan mendaftarkan mereka sebagai
pengundi bagi mengundi parti tertentu itu lebih berbahaya dan mengancam
keselamatan negara? Mengapa petualang dan pengkhianat negara yang membuat
‘Projek IC’ tidak diambil tindakan undang-undang? Bukankah petualang dan
pengkhianat negara ini sudah dikenali? Adakah kerana mereka ahli UMNO,
menyokong UMNO dan pengundi UMNO?
Abdul
Rahman Dahlan berkata,
"Kita
kena ingat bahawa sejarah sudah terpahat bahawa Persekutuan Malaysia ini telah
dipersetujui oleh pejuang kemerdekaan kita terdahulu dan saya kira tidak betul
dan tidak harus ia dirungkai semula sehingga menyebabkan kita berpecah."
Perjanjian
20 Perkara (Sabah), Perjanjian 18 Perkara (Sarawak) dan Perjanjian Malaysia
1963 adalah perjanjian dan syarat minima yang ditetapkan oleh Sabah dan Sarawak
sebelum bersetuju bergabung dengan Malaya dan Singapura untuk membentuk
Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963! Dan perjanjian itu sudah menjadi
fakta sejarah dan dokumen perlembagaan! Justeru, mengapa pihak yang
mengkhianati perjanjian itu tidak dianggap berbahaya dan mengancam keselamatan
negara? Mengapa mereka tidak diambil tindakan undang-undang kerana memungkiri
dan mengkhianati perjanjian?
Bukankah
pelanggaran terhadap perjanjian itulah yang sebenarnya lebih berbahaya,
mengancam keselamatan negara dan menyebabkan perpecahan wilayah dan perpecahan
rakyat? Dan bukankah pengkhianat terhadap perjanjian itulah yang telah
menyebabkan ketidakstabilan politik Sabah dan menyebabkan konfrontasi politik
berpanjangan antara Sabah dan Malaya sekarang? Bukankah isu pokok dan akar
kepada segala permasalahan politik sekarang adalah disebabkan oleh
ketidakjujuran, kecurangan, manipulasi dan penipuan pemimpin-pemimpin BN-UMNO
terhadap perjanjian tersebut?
No comments:
Post a Comment